Tuesday, May 31, 2011

Pengertian Sifat Sabar

ALLAH telah menyebut di dalam Al Quran tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaannya.


Ramai yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan dari dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.

Pengertian sabar seperti ini tidak tepat , sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi musibah (cubaan atau ujian) dengan cara yang baik berikhtiar mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang soleh dan usaha yang terpuji, kemahuan yang kuat, keimanan dan keyakinan yang penuh istiqomah


Sabar itu 5 Macam
·              Sabar dalam beribadah, ialah tekun mengendalikan diri melaksanakan syarat dan rukun-rukunnya.

·              Sabar ditimpa malapetaka atau musibah dengan teguh hati terhadap cubaan atau ujian seperti kesusaan kematian, kesakitan dan sebagainya.

·              Sabar terhadap kehidupan dunia (tipu daya dunia) tidak terlalu terpaut terhadap kenikmatan dunia dan kehidupan dunia sebagai tujuan tetap sebagai alat mempersiapkan diri menghadapi kehidupan akhirat.

·              Sabar terhadap maksiat dengan mengendalikan diri supaya terhidar dari maksiat.

·              Sabar dalam perjuangan dengan menyedari sepenuhnya bahawa setiap perjuangan mengalami masa pasang surut, masa menang dan masa kalah.

....petikan  Buku 111 wasiat Rasullah SAW

No comments:

Post a Comment